LAOS- Melancong ke Vientiane

Iszaid Melancong Ke LAOS PDR


LAOS 2016- Percutian Laos kali pertama tertumpu ke ibunegaranya Vientiane.

Secara amnya negara Laos sangat menarik kerana perbezaan dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Perancis  kini negara komunis ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini amat kurang dan lengang sahaja.


Matawang
Mereka menggunakan Lao Kip. Matawang USD digunakan secara meluas. Kadar inflasi adalah tinggi. Perlu tawar menawar ketika membeli.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Dari KL ke Laos melalui Kapal Terbang. Aku guna basikal sebab kebanyak tempat menarik adalah dekat antra satu sama yang lain. Aku juga ada guna bas, tambang pun murah, cuma mereka susah berbahasa inggeris.


Penginapan
Ada banyak Hostel kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Sini ada makanan halal. Mudah untuk dicari. Dinasihatkan makan makanan Seafood.


Tempat Menarik
Tempat menarik di Vientiane:


Pha That Luang- FREE. Stupa keemasan ini antara ikonik yang perlu dilawati.


Wat Si Saket- FREE. Kuil dengan >1000 patung buddha. Disini banyak sami yang akan bermeditasi dan belajar agama budha.


Patuxai- FREE. Monumen memperingati peperangan di Laos. Antara ikonik yang perlu dilawati. Terdapat taman boleh berehat sekali.


Xieng Khuan Buddha Park (Spirit City)- 5000 Lao Kip. Atara yang kuat semangat je datang. Pertembungan antara ajaran Buddha dan Hindu. Tempat ini sangat menarik untuk dilawati.


Dipelawa merasai hidangan dari Laos, mereka masakkan untuk kami vegie style.  Manakala aku ngan kawan aku buatkan kerabu mangga sebagai pengenalan makanan dari Malaysia. Kami saling Bertukar-tukar hidangan. Orang Laos sngat peramah dan baik.

0 comments:

Post a Comment