PHILLIPPINES- Melancong ke Manila

Iszaid Melancong Ke MANILA


PHILLIPPINES 2016- Percutian ke Filipina sebab aku cuma nak apply masuk ke Universiti UP Manila. So jalan-jalan sekali.



Secara amnya negara PHILLIPPINES sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Sepanyl ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini agak padat. 


Matawang
Mereka menggunakan Phillipino Peso (PHP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Boleh tawar menawar untuk beli barang.


Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Negara pulau ini hanya boleh dihubungi melalui jalan Udara. Di Manila, kami menggunakan Teksi, grab, dan di Intramuros naik tricycle. Jeepney pun senang nak guna. Sebut 'Para' untuk berhenti dan 'Bayad Po' untuk bayar. Purata cuma 5peso setiap perjalanan. duduk pun rapat-rapat.

Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Hotel pun ada yang murah.

Makanan
Sini sangat susah nak cari makanan halal. Tapi Jolibee nie halal. Kalau susah sangat makan seafood je senang. Makanan special adalah Balout iaitu Telur itik 14-18 hari pengeraman, sangat terkenal.

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Intra Muros- FREE. Antara tempat menarik perlu dilawati.


Rizal Park- FREE. Antara tempat menarik perlu dilawati.


0 comments:

Post a Comment