PHILIPPINES- MELANCONG KE PALAWAN

Iszaid Melancong Ke PALAWAN, EL NIDO, PUERTO PRINCESA


PHILLIPPINES 2018- Percutian Filipina kali ini ke kepulauan Luzon

Secara amnya negara PHILLIPPINES sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Sepanyol ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini agak sederhana.


 

Matawang
Mereka menggunakan Phillipino Peso (PHP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Boleh tawar menawar untuk beli barang.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN. Cukai persekitaran (Environmental Fee) dalam P200 wajib dibayar dalam semua tour menyebabkan kos pelancongan sedikit mahal.

Pengangkutan
Negara pulau ini hanya boleh dihubungi melalui jalan Udara samaada penerbangan terus dari Kuala Lumpur atau Manila (terminal 4) terus ke Puerto Princesa. Boleh terbang dari Manila ke El Nido tetapi agak mahal mengunakan Air Swift. Penerbangan mengambil masa 1 jam setengah manakala Jalan laut (2GO) mengambil masa 14 jam. Di sini Jeepney agak jarang dan digantikan dengan tricyle. Minimum tambang 10 peso dan tricyle akan berhenti mengambil penumpang yang lain. Perjalanan dari Puerto Princesa ke El Nido mengambil masa 6 jam, ditengah perjalanan akan berhenti rehat. Jalan raya adalah baik dengan panorama tepi laut. Tambang van adalah P500, manakala Bas adalah 450. Sewa Motosikal digaklakkan di El Nido untuk  ke Pantai Nacpan, Lio dalam 20 minit dengan kos P500 sehinga jam 8pm.

Penginapan
Banyak Hotel murah. Hostel dan hotel mengikut harga dan keselesaan.

Makanan
Sini sangat susah nak cari makanan halal. Kalau susah sangat makan seafood je senang. El Nido lebih mahal berbanding Puerto Princesa.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik contoh Dibawah nie:


El Nido Island Hopping- P1400-P1800. Pakej Tour A lebih murah berbanding Tour C. Menariknya Island hopping ini kerana panorama Gua batu kapur hitam (Lime Stone) disekelilingnya yang unik dan menarik dan tidak terdapat di tempat lain. Selain itu pasirnya yang putih dan air lautnya yang lutsinar seperti kristal menjadi tarikkan kepada pengunjung.


Marimegmeg Beach- FREE. Pekan El Nido tidak boleh mandi manda kerana banyak bot. Pantai yang terdekat adalah Marimegmeg dan Las Cabanas. Di sini panorama mata hari terbenam adalah sangat mengagumkan.


Nacpan-Calipan Twin Beach dan Lio Beach- FREE. Terletak 20 minit dari Pekan El Nido. Ramai telah mengatakan antara 10 pantai tercantik di asia terletak disini.

Honda Bay Island Hopping- P1400. Pakej El Nido adalah yang lebih baik, namun menariknya disini terdapat papan anjal membolehkan anda melombat terjut terus ke laut, sangat menarik dan merujakan.

Rizal Statue dan Puerto Princesa Cathedral- FREE. Tempat manarik untuk bersantai.


Plaza Cuartel- FREE. Bekas markas Spanish terletak sebelah dengan cathedral.

Puerto Princesa Baywalk- FREE. Pelabuhan dan tempat bersantai. Disini banyak menjual makanan seafood.

Palawan Musium- P20. Mengenali sejarah dan peradapan di kepulauan Palawan.

0 comments:

Post a Comment