CAMBODIA- Melancong ke Siem Riep

Iszaid Melancong Ke CAMBODIA


CAMBODIA 2008- Percutian di Kemboja sebab meraikan 2 tahun belekerja di Semenanjung dan memulakan pekerjaan di Sabah pula. Ini merupakan Kali pertama melancong secara solo tanpa sebarang pengalaman backpack. Sangat Teruja

Secara amnya negara Kemboja sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Khmer Empire ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat tidak terlalu ramai. Orangnya ada yang baik. Mereka sangat gembira bila melayan orang ASEAN yang lain seperti saudara mereka. Post ini tertumpu ke Angkor Watt.


Matawang
Mereka menggunakan US Dollar ($, USD) sebab mata wang mereka terlampau meruap dengan pasaran matawang. Jadi bila pakai Dollar, bersedialah dengan inflasi barang yang lebih mahal. Cambodia Riel (KHR) juga digunakan, dan jauh lebih murah untuk harga barang yang sama.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Penginapan
First day aku dudk sini duduk Hotel. Giler mahal. Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Makanan halal susah juga nak jumpa. Tapi seafood adalah pilihan terbaik. Melayu Khmer adalah muslim jadi boleh makan kat gerai mereka. 

Tempat Menarik
Satu je tempat aku pergi iaitu Angkor Wat sebab pergi 3 hari 2 malam. jadi tak sempat. Angkor wat punya keluasan sangatlah besar. sampai nak tercabut kaki.


Angkor Watt- $37. Tempat Wajib pergi. Sebab aku pakai Baju Malaysia, ramai yang 'hallo' dan senyum kat aku. Waktu nie Malaysia menang bola ASEAN.


Angkor Watt- $37. First time solo travel tanpa pengalaman. First time warnakan rambut. Gambar ditangkap letak atas batu je. Hahaha

Pengangkutan
Aku pakai tuk-tuk sebab lebih murah. Bayaran dalam $4-8. Kalau masuk Angkor Wat tetiba harga dia jadi $20 jadi pandai-pandai tawar menawar atau jalan kaki je untuk kuruskan badan cam aku.

Itu sahaja untuk post ini.


0 comments:

Post a Comment