PHILIPPINES- MELANCONG KE CEBU, MACTAN, OSLOB, KAWASAN-BADIAN

Iszaid Melancong Ke CEBU


PHILLIPPINES 2018- Percutian Filipina kali ini ke kepulauan Visayas

Secara amnya negara PHILLIPPINES sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Sepanyol ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini agak sederhana.
 

Matawang
Mereka menggunakan Phillipino Peso (PHP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Boleh tawar menawar untuk beli barang.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Negara pulau ini hanya boleh dihubungi melalui jalan Udara. Samaada penerbangan terus dari Kuala Lumpur atau KL-Manila-Cebu juga boleh digunakan. Lapangan terbang adalah Pulau Mactan dan bukan di CEBU. Jadi perlu ambil bas di airport untuk ke City Cebu. Atau boleh juga tinggal di mactan lebih selesa.  Jeepney disini dipanggil multicab dan lebih kecil berbanding Jeepney di Manila. Tulisannya agak sukar dibaca keran gaya penulisan untuk menarik pelancong dengan pelbagai perkiasan. Apa bila naik jeepney atau multicap  Purata cuma 10 peso setiap perjalanan.  Route di Mactan adalah lebih mudah berbanding cebu city kerana pulaunya yang kecil. Di cebu ada 2 buah terminal North CEBU untuk ke Utara manakala South CEBU untuk ke Selatan. Feri dari Mactan ke Cebu pun ada tapi lagi leceh. Tapi jauh lagi murah.

Penginapan
Banyak Hotel murah. Hostel dan hotel mengikut harga dan keselesaan.

Makanan
Sini sangat susah nak cari makanan halal. Kalau susah sangat makan seafood je senang. Makanan special adalah Balout iaitu Telur itik 14-18 hari pengeraman, sangat terkenal. 

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik contoh Dibawah nie:


Oslob- P1000. Tempat wajib  dilawati. Berenang bersama sharkwhales. Ambil grab dari mactan ke Cebu South Terminal jam 3pagi utuk elak trafik. Kemudia beli tiket ke Oslob. Tiket ada setiab Jam. Perjalanan adalah 3 jam tapi boleh tidur dalam bas.

Kawasan Water Fall- P80-P500. Tempat wajib  dilawati. Sambung sahaja perjalanan dari Osblob ke sini (satu arah ja). Aktiviti termasuk: Jumping clif (terjun dari jurang tinggi). Canoeing, water slide, Tarzan swing, climbing, swimming dan banyak lagi. Masuk entrance murah tapi aktiviti adalah dinasihatkan untuk pakai guider bagi yang pertama kali datang sini bersama jacket dan sliper disediakan. Jadi dalam masa satu hari boleh selesaikan Osblob dan Kawasan serentak.


Mactan Shrine- FREE. Tempat yang dekat untuk dilawati.  Figura pejuang lapu-lapu dan sejarah mereka disini. Barang-barang kraftangan atau souvenir murah dan banyak disini.


Fort San Pedro- FREE. Kubu antara terawal dibina. Tangkap gambar luar percuma. Masuk kene bayar tapi tak ada apa sangat dalam nie.

Cebu Museum- P100. Barang-barang artifak lama yang penah digunakan di gereja terawal di filipina dan di asia tenggara. Bagi yang minat sejarah, tempat nie ok tapi bagi tak minat boleh tengok luarpun ok je.


0 comments:

Post a Comment