Iszaid Melancong Ke LAOS PDR


LAOS 2016- Percutian Laos kali pertama tertumpu ke ibunegaranya Vientiane.

Secara amnya negara Laos sangat menarik kerana perbezaan dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Perancis  kini negara komunis ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini amat kurang dan lengang sahaja.


Matawang
Mereka menggunakan Lao Kip. Matawang USD digunakan secara meluas. Kadar inflasi adalah tinggi. Perlu tawar menawar ketika membeli.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Dari KL ke Laos melalui Kapal Terbang. Aku guna basikal sebab kebanyak tempat menarik adalah dekat antra satu sama yang lain. Aku juga ada guna bas, tambang pun murah, cuma mereka susah berbahasa inggeris.


Penginapan
Ada banyak Hostel kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Sini ada makanan halal. Mudah untuk dicari. Dinasihatkan makan makanan Seafood.


Tempat Menarik
Tempat menarik di Vientiane:


Pha That Luang- FREE. Stupa keemasan ini antara ikonik yang perlu dilawati.


Wat Si Saket- FREE. Kuil dengan >1000 patung buddha. Disini banyak sami yang akan bermeditasi dan belajar agama budha.


Patuxai- FREE. Monumen memperingati peperangan di Laos. Antara ikonik yang perlu dilawati. Terdapat taman boleh berehat sekali.


Xieng Khuan Buddha Park (Spirit City)- 5000 Lao Kip. Atara yang kuat semangat je datang. Pertembungan antara ajaran Buddha dan Hindu. Tempat ini sangat menarik untuk dilawati.


Dipelawa merasai hidangan dari Laos, mereka masakkan untuk kami vegie style.  Manakala aku ngan kawan aku buatkan kerabu mangga sebagai pengenalan makanan dari Malaysia. Kami saling Bertukar-tukar hidangan. Orang Laos sngat peramah dan baik.

Iszaid Melancong Ke JAKARTA


INDONESIA 2016- Percutian Indonesia kali pertama sempena ulang tahun setahun bekerja di Sabah. Jakarta dipilih kerana Ibukota bagi Indonesia.

Secara amnya negara INDONESIA sangat menarik sebabpersamaan dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Belanda ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini amat padat.




Matawang
Mereka menggunakan Indonesia Rupiah (IDR, Rs) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X3000 dengan duit kita. Perlu tawar menawar ketika membeli.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Dari KL ke Jakarta melalui Kapal Terbang. Pengangkutan disini pakai Grab atau Teksi (blueBird). Mesti suruh Saper tue pakai meter kalau tak senang dapat harag lebih tinggi. Go-Jek adalah motosikal Grab dan perlu ada app untuk guna.


Penginapan
Ada banyak Hotell sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Sini banyak makanan halal. Bahasa Indonesia adalah bahasa rasmi dan mudah difahami.

Tempat Menarik
Tempat menarik di Jakarta:


Taman Mini Indonesia Indah- Rs 15000. Antara tempat menarik yang perlu dikunjungi.


Taman Mini Indonesia Indah- Rs 15000. Istana Anak-Anak (Kanak-kanak) Indonesia.


MONAS (Monumen Nasional)- Rs 5000. Berhampiran dengan Stesen Keretapi dan Bas Gambir. Tangkap dari luar FREE je. Sini ada taman boleh lepak-lepak.


DUFAN, Ancol (Dunia Fantasi Taman Impian Jaya)- Rs 30000. Tempat menarik ada rolercoaster, persembahan dan macam-macam lagi untuk taman tema era 90an.






Iszaid Melancong Ke BANGKOK


THAILAND 2016- Percutian di Thailand sebab aku cuba travel naik kapal terbang pula kali ini ke Siam. Post kali ini tertumpu kepada ibu negara Thailand. Tujuan utama adalah Pesta Songkran iaitu menyimbah air selama 3 hari.



Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir sama seperti di KL.




Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar barangan. Fixed price dah.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.


Pengangkutan
Boleh beli tiket online KTM (tengok Post dahulu ke Hatnyai). Atau Pakai Kapal Terbang.Naik Bas dari Airport dalm 60 bath, pilih Bas A1 ke BTS (Mo Chin Station). Mereka boleh berbahasa Ingeris Siam. Sampai je BTS memang ramai akan turun. Ambil Train ke Siam dan Menuju ke Sala Daeng. Sini hostel murah banyak dan tempat paling strategik dengan train. Tuk-tuk boleh pakai tapi trafik di Bangkok lebih padat, lebih baik naik BTS. Naik bot pun murah je untuk jalan-jalan sekitar bangkok.


Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Sini banyak susah sikit makan kalau dibandingkan dengan Hatnyai. Dinasihatkan makan makanan Seafood, atau beli sahaja di Seven-Eleven. Makan maggie atau produk biskut.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik. Guna Bot untuk berjalan dalam Bangkok. Tempat menarik Dibawah nie:


The Grand Pallace- 500 Bath . Tempat Wajib dikunjungi. Boleh tangkap gambar dari luar kalau taknak masuk. Aku tangkap gambar dari luar je FREE, letak atas batu cam biasa haha.


Watt Arun- 100 Bath . Dia buat renovation waktu aku pergi. So, aku tangkap gambar dari jauh je.

P/s: Unit Pelancongan Maharaja mula memperkenalkan Itenari sistematik jadi lebih mudah. 

Iszaid Melancong Ke MANILA


PHILLIPPINES 2016- Percutian ke Filipina sebab aku cuma nak apply masuk ke Universiti UP Manila. So jalan-jalan sekali.



Secara amnya negara PHILLIPPINES sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Sepanyl ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini agak padat. 


Matawang
Mereka menggunakan Phillipino Peso (PHP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Boleh tawar menawar untuk beli barang.


Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Negara pulau ini hanya boleh dihubungi melalui jalan Udara. Di Manila, kami menggunakan Teksi, grab, dan di Intramuros naik tricycle. Jeepney pun senang nak guna. Sebut 'Para' untuk berhenti dan 'Bayad Po' untuk bayar. Purata cuma 5peso setiap perjalanan. duduk pun rapat-rapat.

Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Hotel pun ada yang murah.

Makanan
Sini sangat susah nak cari makanan halal. Tapi Jolibee nie halal. Kalau susah sangat makan seafood je senang. Makanan special adalah Balout iaitu Telur itik 14-18 hari pengeraman, sangat terkenal.

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Intra Muros- FREE. Antara tempat menarik perlu dilawati.


Rizal Park- FREE. Antara tempat menarik perlu dilawati.