Iszaid Melancong Ke YANGON


MYANMAR 2018- Percutian ke Myanmar kali ini sebab ada promotion air asia tangbang pegi Rm78. Dan negara berkenaan adalah negara ASEAN terakhir yang dilawati melengkapkan ke-sepuluh.


Secara amnya negara MYANMAR sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara dahulunya dikenali sebagai Burma bekas penjajahan British ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Sebelum ini negara ini mengamalkan dasar tutup pintu diperintah oleh ketenteraan, selepas era demokrasi barulah ia membuka semula negaranya. Walaubagaimanapun Yangon bukan lah tempat yang menjadi tarikkan pelancong. Negara Pengeluar Jade ini sangat digemari bagi pecinta mineral bumi ini.




Matawang
Mereka menggunakan Kyatt (MMK) sebagai mata wang. Waktu pergi nie RM1=352Kyatt, Jadi takde formula bahagi 300 je lah. Barang semua adalah murah dan digalakkan tawar menawar. Kalau baca banyak blog kata bawak duit Dollar tapi waktu pergi nie didapati duit Ringgit sangat laris dan diterima sebagai matawang utama. Jadi kalau tak tuka dollar pun boleh pakai je ringgit, tukar kat negara mereka. Pastikan apa-apa notes yang ditukar tidak ada conteng-conteng, tapi kalo notes negara mereka tak apa pulak. Tiada syilling hanya kertas, dan warna dia macam kat bawah. Tips nya susun ikut nombor paling besar ke kecil dan nombo notes Inggeris ada disebalah kiri. Jangan campur nanti konfius.


Visa
Satu-satunya negara ASEAN yang memerlukan Visa. Disebabkan Malaysia mengenakan visa terhadap rakyat mereka untuk menghalang penghijrahan rakyatnya ke malaysia, jadi mereka membalas dengan mengenakan visa kepada kita.


Pengangkutan
Pakai Kapal Terbang. Keluar airport belok kiri carik Bas OMNI FOCUS (satu-satunya bas yang ada tulis bahasa Inggeris). Pengangkutan seluruh Yangon sangat mudah dengan bas ini sebab dia lalu kawasan pelancongan utama dan kos hanya 500Kyatt (RM1.40) sekali naik, harga tetap, bermaksud kalau hujung-ke hujung bas stop pun harga sama je. Lepastu boleh berhenti di SULE (Sule Pagoda, Sule Square) sini pusat perniagaan dia sebab kebanyakan hotel murah atau hostel pun sini, saya berhenti dekat Sule Square). Lepastu jalan kaki je pergi Hostel. Bas nie paling bersih dan sejuk. Kekerapan diapun baik dalam setiap 2 minit. Kalau naik teksi sini dalan 1500-2000kyatt (RM5 tiada meter). Untuk aku itu mahal, jadi suka naik bas, lagi selesa.


Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini banyak yang buruk dari yang elok jadi buat pilihan dengan tepat dan baca review hostel berkenaan. Waktu aku pergi hari pertama hujan, so beli payung murah-murah


Makanan
Sini banyak makanan halal. Senang nak carik.


Tempat Menarik
Banyak tempat menarik. Guna bas untuk berjalan dalam Yangon. Tempat menarik Dibawah nie:



Swedagon Pagoda- 10,000 Kyat . Tempat Wajib dikunjungi di Yangon. Ambil bas tadi, lepastu turun di setesn bas Swedagon, dari situ dah boleh nampak pagoda nie melalui bulatan jadi jalan kaki google map je tak sampai 5 minit sampai. Muka aku typical orang ASEAN jadi masuk FREE !! je, guard bagi je masuk. Tempat ini kuil, jadi jangan pakai seluar pendek atau skirt yang mencolok mata.


Kandawgyi Pallace (Restoran)- FREE . Tempat kedua Wajib dikunjungi di Yangon. Tidak dinasihatkan masuk sebab view antance adalah ekor itik jadi tak cantik. Dari stesen bas Swedagon jalan kaki boleh sampai sini, atau naik teksi sekejap atau stesen Zoological Garden sama je jauhnye. Tasik masuk percuma. Jadi view tasik adalah cantik. Kalau masukpun ada kebudayaan dan tarian serta makanan sebab tempat nie restoran.


Sule Pagoda - FREE . Memang banyak pagoda tapi pagoda ini menarik sebab ianya adalah antara tertua di Myanmar.


Yangon City Hall - FREE . Jalan-jalan area Sule. Reka bentuk Myanmar.


Yangon Region Court - Kat luar FREE . Jalan-jalan area Sule. Reka bentuk Myanmar. Dan bekas penjajahan British.


Maha Bandula Park - FREE . Jalan-jalan area Sule.

 
Yangon Zoo - 3000 kyat . Jalan-jalan area Yangon. Dari stesen bas Swedagon jalan kaki boleh sampai sini, atau amik stesen Zoological Garden.

Iszaid Melancong Ke PHUKET


THAILAND 2018- Percutian ke Thailand kali ini sebab ada menyambung semula percutian terhenti di phi-phi island tahun lepas. Kalau banding antara pataya dengan phuket, laut di pataya bersih lagi dari di phuket atau di krabi. Aktiviti di Phuket kebanykkan adalah di Pantai/pulau.

Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir ramai pelancong dari penduduk asal.




Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar barangan. Fixed price dah.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Pakai Kapal Terbang. Naik Van dari Airport ke bandar Patong. Harag memang standart 180 Bath. Boleh juga travel dari Krabi ke Pataya, tapi route jauh sikit. Sewa Skuter dalam 200bath/ sehari. Boleh bawak jalan2 keliling Patong dan Phuket.


Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Waktu aku pergi hari pertama hujan, so beli baju hujan.


Makanan
Sini banyak makanan halal. Senang nak carik.


Tempat Menarik
Banyak tempat menarik. Guna Skuter untuk berjalan dalam Phuket. Tempat menarik Dibawah nie:



Patong Beach- Free . Tempat Wajib dikunjungi di Phuket. Pukul 6pm dah takleh mandi. Sunset dia memang cantik. Sini banyak water activity, so nak para sailing pun boleh. Laut dia tak clear sangat dan berombak, tapi nie tarikkan pengunjung.


James Bond Island (Panak Island, Hong Island, Lawa Island)- 1200 Bath . Tempat Wajib dikunjungi di Phuket. Bermula pukul 8am dan berakhir pada 5pm, siap makan lagi. Waktu pergi sini low peak season jadi murah. 3 pulau + berenang + ber-canue+ masuk gua. Malam memang penat.


Watt Patong - Free . Salah satu tarikan utama di sini.


Mall - Free . Terletak di tengah Patong. Sini ada banyak retail yang murah2. Mall ada aircorn kalo dah penat berjalan, bleh rehat sini kejap. Sebab kedudukan dia tengah-tengah.


Pakai travel agent nie. Very recomended siap boleh karoeke ngan menari atas bot. Murah je 1200 Bath siap makanan. Muslim friendly, bawah boleh solat. Tripadvisor recomended.


Iszaid Melancong Ke OSAKA


JEPUN 2017- Satu destinasi yang wajib dikunjungi adalah Jepun. Ini merupakan impian jadi kenyataan. Negara paling maju di Asia ini merupakan tempat yang menarik kepada penggemar Anime. Kalau nak habis duit cepat, silalah datang ke sini kerana matawangnya dan kos sara hidupnya yang tinggi. Kawasan tumpuan pelancongan kali ini merangkumi Osaka, Nara, Kobe, Kyoto, Himeji.


Matawang
Mereka menggunakan Japanese Yen ( ‎¥, JYP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X30 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar.


Visa
Tidak perlu Visa.

Pengangkutan
Dari KL ke Osaka melalui Kapal Terbang. Pengangkutan utama adalah keretaapi. Pengangkutan darat ini adalah amat cekap dan menepati masa. Boleh beli Kad Train ini yang sesuai digunakan


Penginapan
Kos penginapan adalah mahal. Dinasihatkan untuk tingal di Hostel atau guna AirBnB. Pastikan jangan buat bising selepas jam 10pm. Kebersihatan adalah mustahak. Sisa plastik di asingkan untuk tujuan kitar semula.


Makanan
Banyak makananya tidak halal. Berhati-hati kerana makanan boleh dicampur dengan sake. Makanan laut mudah dicari. Seven eleven pun banyak. Google tempat makan muslim setiap bandar memang akan ada cuma sedikit mahal.


Tempat Menarik
Diantara kawasan pelancongan yang wajib pergi adalah:


Tower of Sun, Osaka- ¥ 250. Tempat nie rare tak ramai pergi. Tapi bagi yang datang nak tengok bunga sini sesuai sebab boleh tengok tulip. Sini juga ada makanan Lobster, murah dan sedap.



Deer Park, Nara- FREE. Tempat wajib pergi sebab boleh tengok rusa bebas meliar di tengah bandar.


Fushimi Inari Taisha, Kyoto- FREE. Simbolik 1000 gate. Kuil ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Dalam poster visit Japan, tempat ini salah satu ikon.



Himeji Castle, Himeji- ¥ 1300. Antara Istana yang terawal dibina di Jepun. sangat  tersergam indah. Ada 7 tingkat, boleh merasai gaya hidup seperti Maharaja Jepun.


Kobe Port Tower, Kobe- ¥ 600. Menara paling unit di Kobe. Ini simbol daerah Kobe sebagai wilayah pelabuhan terkenal di Jepun.


Hard Rock Cafe Osaka, Osaka- FREE. Masuk nak beli baju free lah. Kalau makan minum ikut harga hidangan yang dipesan.


Arasyiama Bamboo Groove, - ¥ 550. Wajib pergi sebab meraisai zaman terdahulu di Jepun. Boleh sewa baju untuk merasai sendiri. Dalam poster visit Japan, tempat ini salah satu ikon.


Gundam Mall, Osaka - FREE. Wajib pergi kepada peminat Gundam. Tempat ini adalah pasaraya dan boleh bershoping bagi yang banyak duit.


Iszaid Melancong Ke PATTAYA


THAILAND 2018- Percutian ke Thailand kali ini sebab ada promosi air asia murah ke Pattaya dan ada ternampak bangunan yang sangat menarik.



Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir ramai pelancong dari penduduk asal.



Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar barangan. Fixed price dah.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Pakai Kapal Terbang.Naik Van dari Airport ke bandar Patayya. Harag memang standart 130 Bath. Boleh juga travel dari Bangkok ke Pataya, tapi route jauh sikit. Sewa Skuter dalam 100bath/ sehari. Boleh bawak jalan2 keliling Pataya. Tuk-tuk semurah 10 bath dia akan pusing-pusing pantai pataya.


Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Pastikan pilih jauh dari Pantai sebab dekat Silom Soi nie banyak klub, disco jadi bising susah nak tidur. Carik yang jauh sikit dari pantai. Waktu aku pergi hari pertama hujan, so beli baju hujan.


Makanan
Sini banyak susah sikit makan kalau dibandingkan dengan Hatnyai. Dinasihatkan makan makanan Seafood, atau beli sahaja di Seven-Eleven. Makan maggie atau produk biskut. Sini ada masjid. Makanan halal boleh didapati dikawasan sini.




Dekat pekan pun banyak kebab. Dorang akan ada logo halal pada gerai mereka jadi mudah untuk tahu. Takpun tanye je, mereka boleh berbahasa inggeris dengan fasih.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik. Guna Skuter untuk berjalan dalam Pattaya. Tempat menarik Dibawah nie:


The Sanctuary of Truth- 500 Bath . Tempat Wajib dikunjungi di Patayya. pertembungan antara agama Hindu dan Budda. Kuil diperbuat dari kayu ini terletak sebelah dengan laut.


FROST Magical Ice of Siam- 360 Bath . Tempat kedua sasaran aku nak pergi. Best pergi senja sebab skupture berwarna putih. Bila lampu dipasang pengunjung dah tak ramai, sangat seronok tangkap gambar. Tempat nie baru buka.


Patayya Avenue- FREE . Boleh jalan kaki sepanjang kawasn nie. Ada jual barang-barang kraf dan makanan-makanan street food.


Koh Larn Island- 1500 Bath . Berbanding ngan pantai pataya yang tidak berapa bersih, Koh Larn terletak berhampiran kena ambil bot kesini. Airnya bersih dan pasirnya lembut. Ada coral yang cantik. Ikanya juga jinak. Terdapat banyak aktiviti air yang boleh dicuba.


Wat Pra Yai- FREE . Dari sini boleh tengok selurug pemandangan patayya free. Kalau nak lagi best ada menara pataya juga.


Pattaya Light House- FREE . Pelabuhan ini tak ramai pergi tapi salah satu ikonik di Pataya.


P/s: aku banyak terjumpa kuil yang besar di pataya nie. bila tangkap gambar memang cantik.