THAILAND- Melancong ke Phuket

Iszaid Melancong Ke PHUKET


THAILAND 2018- Percutian ke Thailand kali ini sebab ada menyambung semula percutian terhenti di phi-phi island tahun lepas. Kalau banding antara pataya dengan phuket, laut di pataya bersih lagi dari di phuket atau di krabi. Aktiviti di Phuket kebanykkan adalah di Pantai/pulau.

Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir ramai pelancong dari penduduk asal.




Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar barangan. Fixed price dah.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Pakai Kapal Terbang. Naik Van dari Airport ke bandar Patong. Harag memang standart 180 Bath. Boleh juga travel dari Krabi ke Pataya, tapi route jauh sikit. Sewa Skuter dalam 200bath/ sehari. Boleh bawak jalan2 keliling Patong dan Phuket.


Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Waktu aku pergi hari pertama hujan, so beli baju hujan.


Makanan
Sini banyak makanan halal. Senang nak carik.


Tempat Menarik
Banyak tempat menarik. Guna Skuter untuk berjalan dalam Phuket. Tempat menarik Dibawah nie:



Patong Beach- Free . Tempat Wajib dikunjungi di Phuket. Pukul 6pm dah takleh mandi. Sunset dia memang cantik. Sini banyak water activity, so nak para sailing pun boleh. Laut dia tak clear sangat dan berombak, tapi nie tarikkan pengunjung.


James Bond Island (Panak Island, Hong Island, Lawa Island)- 1200 Bath . Tempat Wajib dikunjungi di Phuket. Bermula pukul 8am dan berakhir pada 5pm, siap makan lagi. Waktu pergi sini low peak season jadi murah. 3 pulau + berenang + ber-canue+ masuk gua. Malam memang penat.


Watt Patong - Free . Salah satu tarikan utama di sini.


Mall - Free . Terletak di tengah Patong. Sini ada banyak retail yang murah2. Mall ada aircorn kalo dah penat berjalan, bleh rehat sini kejap. Sebab kedudukan dia tengah-tengah.


Pakai travel agent nie. Very recomended siap boleh karoeke ngan menari atas bot. Murah je 1200 Bath siap makanan. Muslim friendly, bawah boleh solat. Tripadvisor recomended.


0 comments:

Post a Comment