THAILAND- Melancong ke Pattaya

Iszaid Melancong Ke PATTAYA


THAILAND 2018- Percutian ke Thailand kali ini sebab ada promosi air asia murah ke Pattaya dan ada ternampak bangunan yang sangat menarik.



Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir ramai pelancong dari penduduk asal.



Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar barangan. Fixed price dah.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Pakai Kapal Terbang.Naik Van dari Airport ke bandar Patayya. Harag memang standart 130 Bath. Boleh juga travel dari Bangkok ke Pataya, tapi route jauh sikit. Sewa Skuter dalam 100bath/ sehari. Boleh bawak jalan2 keliling Pataya. Tuk-tuk semurah 10 bath dia akan pusing-pusing pantai pataya.


Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Pastikan pilih jauh dari Pantai sebab dekat Silom Soi nie banyak klub, disco jadi bising susah nak tidur. Carik yang jauh sikit dari pantai. Waktu aku pergi hari pertama hujan, so beli baju hujan.


Makanan
Sini banyak susah sikit makan kalau dibandingkan dengan Hatnyai. Dinasihatkan makan makanan Seafood, atau beli sahaja di Seven-Eleven. Makan maggie atau produk biskut. Sini ada masjid. Makanan halal boleh didapati dikawasan sini.




Dekat pekan pun banyak kebab. Dorang akan ada logo halal pada gerai mereka jadi mudah untuk tahu. Takpun tanye je, mereka boleh berbahasa inggeris dengan fasih.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik. Guna Skuter untuk berjalan dalam Pattaya. Tempat menarik Dibawah nie:


The Sanctuary of Truth- 500 Bath . Tempat Wajib dikunjungi di Patayya. pertembungan antara agama Hindu dan Budda. Kuil diperbuat dari kayu ini terletak sebelah dengan laut.


FROST Magical Ice of Siam- 360 Bath . Tempat kedua sasaran aku nak pergi. Best pergi senja sebab skupture berwarna putih. Bila lampu dipasang pengunjung dah tak ramai, sangat seronok tangkap gambar. Tempat nie baru buka.


Patayya Avenue- FREE . Boleh jalan kaki sepanjang kawasn nie. Ada jual barang-barang kraf dan makanan-makanan street food.


Koh Larn Island- 1500 Bath . Berbanding ngan pantai pataya yang tidak berapa bersih, Koh Larn terletak berhampiran kena ambil bot kesini. Airnya bersih dan pasirnya lembut. Ada coral yang cantik. Ikanya juga jinak. Terdapat banyak aktiviti air yang boleh dicuba.


Wat Pra Yai- FREE . Dari sini boleh tengok selurug pemandangan patayya free. Kalau nak lagi best ada menara pataya juga.


Pattaya Light House- FREE . Pelabuhan ini tak ramai pergi tapi salah satu ikonik di Pataya.


P/s: aku banyak terjumpa kuil yang besar di pataya nie. bila tangkap gambar memang cantik.

0 comments:

Post a Comment