VIETNAM- Melancong ke Nha Trang

Iszaid Melancong Ke NHA TRANG

VIETNAM 2018- Percutian ke Vietnam secara solo. Sebenarnya tak pernah tahu pun mengenai tempat nie tetapai memandangkan ada offer murah melalui route ini, jadi terpilihlah tempat ini untuk melancong. Iphone 6s 128G masuk dalam air laut jadi banyak gambar hilang.

Secara amnya negara Vietnam negara yang unik. Negara Komunis ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini tidak lah terlalu ramai, bahasa pertuturan inggeris adalah sukar.



Matawang
Mereka menggunakan Vietnamese Dong (VND) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X6000 dengan duit kita. Sangat mudah untuk tawar menawar.

Pengangkutan
Naik Kapal terbang. Dari Airport boleh ambil Van ke Pekan. Harga standart.

Visa
Visa Free. Sebab negara ASEAN 

Penginapan
Tak perlu risau nak cari hostel sini memang banyak. Sini Orangnya tak fasih Bahasa Inggeris, mereka tahu bahasa Rusia, jadi agak sukar berkomunikasi.

Makanan
Makanan susah nak dicari. Street food kener hati-hati takut tak halal. Di-syorkan makan makanan seafood je. Kopi Vietnam adalah antara yang terkenal di negara ini. Arabicana Robusta sedap.


Tempat Menarik
Diantara kawasan pelancongan yang wajib pergi adalah:


Pantai Nha Trang- FREE. Air dia tak lah bersih sangat tapi boleh mandi sebabab sejuk jugak. Ombak pun kuat.

Vpop Concert, Nha Trang- FREE. Waktu aku pergi ada konsert besar-besaran 2 hari di pantai ini. Jadi memang sangat ramai orang datang ke Nha Trang.


Nha Trang Cathidral- FREE. Berkenalan dengan kawan dari South Korea dan Vietnam semasa di Hostel. Kitorang jalan kaki tengok tempat menarik di Nha Trang.

P/S: Iphone rosak masuk air jadi banyak gambar yang hilang. Unit Pelancongan Maharaja arahkan untuk tamatkan ekpedisi dan mengantung kebanyakan aktiviti di Nha Trang atas faktor keselamatan. 

0 comments:

Post a Comment