PHILIPPINES- MELANCONG KE BORACAY

Iszaid Melancong Ke BORACAY


PHILLIPPINES 2019- Percutian Filipina kali ini adalah yang paling ultimate sebab sambung hari jadi di pulau paling popular di Dunia iaitu di Boracay. Umum tahu yang pulau nie mahal, tapi selepas penutupan pulau ini selama 6 bulan untuk pembersihan, kos pergi dan penginapan ke sini adalah paling murah, jadi terlepas peluang keemasan ini.

Secara amnya negara PHILLIPPINES sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Sepanyol ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini agak sederhana.


Matawang
Mereka menggunakan Phillipino Peso (PHP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Boleh tawar menawar untuk beli barang.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN. Sebelum ke sini pastikan book dulu penginapan ke Pulau Boracay sebab di pelabuhan mereka hanya membenarkan pelancong yang ada menginap sahaja di pulau ini utuk masuk. Ini bagi memastikan bilangan pengunjung terkawal.


Pengangkutan
Untuk ke Boracay boleh menggunakan Kapal terbang dari Malaysia, tapi harga tiket memang sangat mahal. Laluan lain dari Manila ke Boracay pun Mahal jugak. Yang paling murah adalah dari Manila ke Caticlan melalui cruse tambang murah 2Go siap ada tempat tido, makan, bilik mandi dan persembahan, aircorn, sangat selesa untuk menikmatpi perjalanan jauh, boleh tido, sedar-sedar je dah sampai. Majoriti kapal terbang akan turun ke Caticlan Airport dan perlu naik Tricycle, tapi kalo pakai cruse akan sampai direct ke Pelabuhan, jadi lebih mudah, lebih murah, dan lebih seronok. Di boracay, ada banyak jeepney, bayar murah Php20 je, dan bas berhawa dingin pun ada.

Penginapan
Waktu pergi nie, Pulau ni baru bukak balik jadi, banyak Hotel murah. Hostel dan hotel mengikut harga dan keselesaan.


Makanan
Sini sangatlah senang nak cari makanan halal. Makanan seafood buffet serendah P300-P700 je siap ada oister boleh melantak banyak-banyak. Kalo banding buffet ramadhan kat KL (RM80) memang tak leh lawan ngan buffet sini lah. Sini memang syurga untuk makanan. Lagi satu sebab waktu nie pergi waktu hari jadi, so banyak offer bleh dapat dicount. Contohnya starbuck kasi coffee free, ngan kek hari jadi free, so rasa cam best teramat sangat.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik contoh Dibawah nie:


Boracay Island Hopping- P1000.  Sebab kenapa boracay nie best, sebab dia ada banyak aktiviti. Cakap je nak buat apa, suam daia ada. Jadi termasuklah Island hopping.


Water Activities- P500.  Waktu pergi, kebanyakkan benda masih murah lagi. So ada banyak water aktiviti, macam kayak, stand-up paddling, naik bot tengok sun set etc. Seriusly, sangat banyak aktiviti.


Station 1,2,3- FREE.  Pantai boracay sendiri merupakan tarikkan utama. So kalo malas nak pergi mana-mana, just duduk baring kat pantai pun dah ok. Dari mata hari terbit sehingga matahari terbenam, pemandangan dia memang amat memukau. Air dia jernih, ombak pun jinak, dan seluruh pantai dia sangat bersih. Disini, tidak dibenarkan merokok, buang sampah merata-rata atau berpesta tepi pantai. Jadi pantai ini sangat aman dan tenteram.



1 comment:

  1. At Aggrate Shaufer Travel & Tours & AS Car Rental, we provide chauffeur and limousine service for your guest and business partners for their visit in Malaysia. Beginning with us, we will ensure that your experience in Malaysia will be an enjoyable event.

    Aggrate Shaufer Travel & Tours
    AS Car Rental
    Transport service to Genting Highland
    Transport Service to Kuala Lumpur
    Transport service to Melaka

    ReplyDelete