Iszaid Melancong Ke YOGYAKARTA


INDONESIA 2017- Tahun 2017 adalah tahun paling banyak pelancongan yang dirancang berikutan kestabilan matawang ringgit.



Secara amnya  Yogyakarta sangat menarik sebab persamaan dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Indonesia, Negara bekas jajahan Belanda ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini sederhana padat.




Matawang
Mereka menggunakan Indonesia Rupiah (IDR, Rs) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X3000 dengan duit kita. Perlu tawar menawar ketika membeli.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.


Pengangkutan
Dari KL ke Yogyakarta melalui Kapal Terbang. Pengangkutan disini pakai Grab atau Teksi (blueBird). Mesti suruh Saper tue pakai meter kalau tak senang dapat harag lebih tinggi. Go-Jek adalah motosikal Grab dan perlu ada app untuk guna. Dari Jakarta ke Yogyakarta boleh menggunakan Train selama tapi jarak lebih lama dan lebih baik menggunakan kapal terbang.

Gung Agung yang kelihatan dari tingkap pesawat. Besar dan tinggi.

Penginapan
Ada banyak Hotel. cuaca adalah sama dengan Jakarta.

Makanan
Sini banyak makanan halal. Bahasa Indonesia adalah bahasa rasmi dan mudah difahami.


Tempat Menarik
Diantara kawasan pelancongan yang wajib pergi adalah:


Umbul Ponggok- Rs 10000. Terletak Klaten. Waktu nie tempat nie baru buka jadi tak ramai yang tahu lagi.

Prambanan- Rs 252000. Candi Hindu yang paling kerap dilawati di Indonesia.

Borobudur- Rs 325000. Candi Budhaa yang paling kerap dilawati di Indonesia.

Pinus Pengger- Rs 230000. Hutan yang di olah dengan seni menjadi karya yang menarik.

Pantai Timang- Rs 50000. Ada Gondola seta jambatan yang menyeramkan untuk menyeberangi pulau sebelah yang kecil. Menjadi terkenal kerana running men pernah membuat pengambaran disini.

Gunung Kidul- Rs 15000. Bunga yang mekar di gunung ini seluas mata memandang.





Iszaid Melancong Ke DAVAO CITY


PHILLIPPINES 2017- Percutian Filipina kali ini ke selatan pulau berkenaan iaitu ke Davao City.

Secara amnya negara PHILLIPPINES sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Sepanyol ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini agak sederhana.


Matawang
Mereka menggunakan Phillipino Peso (PHP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Boleh tawar menawar untuk beli barang.


Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN. Tapi bila keluar dari tempat ini ada airport Tax perlu dibayar 700 peso.


Pengangkutan
Negara pulau ini hanya boleh dihubungi melalui jalan Udara. Jeepney pun senang nak guna. Sebut 'Para' untuk berhenti dan 'Bayad Po' untuk bayar. Purata cuma 5peso setiap perjalanan. duduk pun rapat-rapat. Pada tahun 2018 minum fair telah dinaikkan kepada 10peso untuk perjalanan jeepney. Selain itu tricyle pun ada tapi agak mahal.


Penginapan
Banyak Hotel murah. Contohnya dibawah ini kos hotelnya tak sampai 500peso

Makanan
Sini sangat susah nak cari makanan halal. Tapi Jolibee nie halal. Kalau susah sangat makan seafood je senang. Makanan special adalah Balout iaitu Telur itik 14-18 hari pengeraman, sangat terkenal. Jika dibandingkan dengan Manila, Davao lebih mudah cari makanan Halal.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik contoh Dibawah nie:


People's Park- FREE. Tempat percuma yang boleh dilawati. Taman ini tidak terlalu besar dan boleh berjalan bersiar-siar.


Ramon Magsaysay Park- FREE. Tempat percuma yang boleh dilawati.


Talicud Island- 75 peso. Salah satu tarikkan di Kepualauan Mindao ini


City Hall of Davao- Free. Waktu datang sini perayaan krismas jadi dekorasi yang ada amat menarik waktu malam.


Monument Peace and Unity- Free. Antara monumen yang ada di Davao.

P/s: Pada tahun 2017 ini juga berlaku peperangan di Marawi, Kepulauan Mindanaou terletak utara 200km dari Davao, kepulauan mindanou juga. Waktu di-emegresen macam-macam soalan ditanya. Nasib baik aku nie pernah datang Manila beberapa kali, jadi mereka benarkan aku masuk. Aku pun tak perasan Davao nie kat mindanao patutlah harga tiket dia murah. Moral of the story. Jangan terpedaya dengan tiket flight murah.


Iszaid Melancong Ke BANDUNG


INDONESIA 2017- Percutian ke Indonesia kali ini untuk meraikan kepulangan dari Sabah ke Kuala Lumpur. Fokus utama adalah ke Bangdung

Secara amnya  BANDUNG sangat menarik sebab persamaan dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Indonesia, Negara bekas jajahan Belanda ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini sederhana padat.




Matawang
Mereka menggunakan Indonesia Rupiah (IDR, Rs) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X3000 dengan duit kita. Perlu tawar menawar ketika membeli.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Dari KL ke Jakarta melalui Kapal Terbang. Pengangkutan disini pakai Grab atau Teksi (blueBird). Mesti suruh Saper tue pakai meter kalau tak senang dapat harag lebih tinggi. Go-Jek adalah motosikal Grab dan perlu ada app untuk guna. Dari Jakarta ke Bandung menggunakan Train selama 2-3 jam. Jauh lebih murah jika mnggunakan direct flight dari KL.



Penginapan
Ada banyak Hotel. Suasana disini lebih sejuk jika dibandingkan dengan kota Jakarta kerana kedudukan penggunungan serta dikelilingi hutan.

Makanan
Sini banyak makanan halal. Bahasa Indonesia adalah bahasa rasmi dan mudah difahami. Kalau ada kawan dari bandung, cuba tanya mereka mengenai Mee Bandung, atau Sirap Bandung, konfirm dorang geleng kepala tak paham. Yang nie adalah Satay Bandung tambah lagi hahaha.


Tempat Menarik
Tempat menarik di Bandung:


Alun-Alun Bandung- FREE. Terletak di tengah-tengah Bandung. Masjid ini ikonik bagi daerah wisata ini.


Kawah Putih- Rs 20000. Tempat kawasan kawah gunung berapi yang sangat popular dengan persekitaran yang unik. Sumber Belerang deposit.


Ladang Teh- FREE. Boleh beli Strawbery sekitarnya atau teh yang terkenal di Indonesia.


Tasik Pategang - FREE. Ditengah-tengah tasik ada pulau kecil. 

Iszaid Melancong Ke KRABI


THAILAND 2017- Percutian ke Thailand kali ini sebab ada promosi air asia murah ke Krabi sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di negara ini



Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir ramai pelancong dari penduduk asal.



Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar barangan. Fixed price dah.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Pakai Kapal Terbang.Naik Bas dari Airport ke bandar Krabi. Boleh sewa Skuter untuk memudahkan perjalanan.Dari Krabi boleh ke Phi-Phi Island yang sangat terkenal, naik bot dari jeti Krabi.




Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Dekat pekan lebih murah berbanding di Pantai.

Makanan
Sini banyak Muslim Thai jadi makanan Halal sangat mudah dicari. Tempat makan memang banyak sebab itu ramai orang Malaysia/Indonesia melancong ke sini.


Tempat Menarik
Banyak tempat menarik. Waktu aku pergi tengah hujan, banyak tempat tak dapat nak pergi.



Pekan Krabi- FREE . Lepak-lepak, banyak gerai makan free. Berdekatan juga dengan pasar malam Krabi.


Wat Kaew Korawaram- FREE . Kuil nie jalan kaki je dari pekan Krabi. Pemandangan waktu senja sangat cantik.


Phi-Phi Island- 400 Bath . Tempat utama pelancong. Selain airnya yang cantik, ada banyak aktiviti. Malam memang bising sikit.

P/S: waktu aku gie krabi nie awal bulan puasa, lepastu time hujan pulak tue ditambah pula tengah demam sebab kener hujan, jadi banyak tempat tak pergi, berehat kat hosptel je. Sini masjid banyak, teraweh pun senang.