Iszaid Melancong Ke VIETNAM

VIETNAM 2011- Percutian di Vietnam bersama family. Sebenarnya aku tak berapa minat pergi sini sebab tujuan utama ke sini adalah shopping dan aku tak minat shopping.

Secara amnya negara Vietnam negara yang unik. Negara Komunis ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini tidak lah terlalu ramai, bahasa pertuturan inggeris adalah sukar. Kebanyakan orang fokus dekat kubu, tempat shoping, aku lak fokus dekat taman tema dia Suối Tiên Amusement Park.

Matawang
Mereka menggunakan Vietnamese Dong (VND) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X6000 dengan duit kita. Sangat mudah untuk tawar menawar.

Visa
Visa Free. Sebab negara ASEAN 

Penginapan
Hotel di sini adalah murah boleh dapat dalam lingungan RM100/semalam. Jadi tak perlu risau nak cari hostel. Lagipun lebih selesa dan selamat duduk di hotel.

Makanan
Makanan susah nak dicari. Street food kener hati-hati takut tak halal. Di-syorkan makan makanan dekat ngan masjid atau seafood je.

Tempat Menarik
Fokus pelancongan. Dibawah nie:

Suoi Tien Park- Gate depan


Suoi Tien Park- Gua ukiran muka


Suoi Tien Park- Banyak patung binatang.


Suoi Tien Park- Struktur ini paling besar disini dan terletak ditengah tasik.

Pengangkutan
Dekat dengan bandarnya. Boleh naik van, bas atau sewa teksi.

P/s: Waktu nie baru pertama kali memperkenar phone untuk tangkap gamba, jadi gambar pun tak banyak.

Utusan Malaysia 2010


Berita Harian 2010


Berita Semasa Web Site 2010


Iszaid Melancong Ke INDIA


INDIA 2008- Percutian di India sebab aku belajar di negara ini selama 2 tahun setengah. Waktu ini tak terfikir nak menulis pengalaman melawat banyak tempat menarik. Post kali nie tertumpu kepada Golden Triangle tempat pelancong banyak pergi. Post untu Bangalore, Manipal, Udupi, Mangalore, Yanapoya, Davangere, Chenai tak masuk sebab panjang sangat ye.

Secara amnya negara India sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas penjajah British ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini memang ramai dan padat penduduk, jadi bersedialah dengan aroma yang tak biasa tue nanti lama-lama biasalah. Nie bendera India waktu dekat hostel dulu.

Matawang
Mereka menggunakan Rupee (Rs, INR) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Sangat mudah untuk tawar menawar.

Visa
Kena buat visa di Kuala Lumpur. Boleh check kat Internet. Depan Bank Pertanian Malaysia (sekarang Agro Bank HQ) dulunya menyediakan pekej visa ke India. 

Penginapan
Hotel di sini adalah murah boleh dapat dalam lingungan Rs100/semalam. Jadi tak perlu risau nak cari hostel. Lagipun lebih selesa dan selamat duduk di hotel. rasa sikit cam Maharaja hehe

Makanan
Makanan paling terkenal adalah biriani. Makanan halal sangat mudah terutama di Delhi yang >50% adalah muslim. Disini daging lembu tidak dibenarkan dimakan atau dijual kerana lembu dianggap suci, jadi kambing adalah menu yang menarik

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Gate of Delhi- Free je. tempat untuk meluangkan masa ketika hujung minggu

Taj Mahal, Agra- RS 500. Tempat Wajib kalau ke India. Nie adalah makam bukti dan simbol kekuatan kerajaan terdahulu.

Hawa Mahal, Jaipur- Free je. Bandar warna pink. Merupakan salah satu Istana yang masih wujud.

Cat Batik- Free je. dekat Agra jugak. Banyak aktiviti di Agra

Lake Palace Mahal, Jaipur- Entah. Tengah jalan2 lepastu singah kat tasik dia. Taknak masuk sebab perjalanan jauh..

Jama' Masjid, Delhi- Free. Tempat boleh melawat dan tak ramai orang, macam dekat Agra.

Pengangkutan
Golden Traiangle nie jauh antra satu sama lain. Jadi adalah disarankan pakai travel agent, kalau timing travel dalam bawah semingu. Kalau tak, boleh pakai bas atau keretapi cuma jauh dan padat sikit lah. Trafik kat India sangat luar biasa dan bising.

Itu sahaja untuk post ini.

P/s: Muka aku masuk surat khabar tahun 2008 dalam salam perantauan KOT!. hehe.