Iszaid Melancong Ke INDIA
INDIA 2008- Percutian di India sebab aku belajar di negara ini selama 2 tahun setengah. Waktu ini tak terfikir nak menulis pengalaman melawat banyak tempat menarik. Post kali nie tertumpu kepada Golden Triangle tempat pelancong banyak pergi. Post untu Bangalore, Manipal, Udupi, Mangalore, Yanapoya, Davangere, Chenai tak masuk sebab panjang sangat ye.
Secara amnya negara India sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas penjajah British ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini memang ramai dan padat penduduk, jadi bersedialah dengan aroma yang tak biasa tue nanti lama-lama biasalah. Nie bendera India waktu dekat hostel dulu.
Matawang
Mereka menggunakan Rupee (Rs, INR) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Sangat mudah untuk tawar menawar.
Visa
Kena buat visa di Kuala Lumpur. Boleh check kat Internet. Depan Bank Pertanian Malaysia (sekarang Agro Bank HQ) dulunya menyediakan pekej visa ke India.
Penginapan
Hotel di sini adalah murah boleh dapat dalam lingungan Rs100/semalam. Jadi tak perlu risau nak cari hostel. Lagipun lebih selesa dan selamat duduk di hotel. rasa sikit cam Maharaja hehe
Makanan
Makanan paling terkenal adalah biriani. Makanan halal sangat mudah terutama di Delhi yang >50% adalah muslim. Disini daging lembu tidak dibenarkan dimakan atau dijual kerana lembu dianggap suci, jadi kambing adalah menu yang menarik
Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:
Gate of Delhi- Free je. tempat untuk meluangkan masa ketika hujung minggu
Taj Mahal, Agra- RS 500. Tempat Wajib kalau ke India. Nie adalah makam bukti dan simbol kekuatan kerajaan terdahulu.
Hawa Mahal, Jaipur- Free je. Bandar warna pink. Merupakan salah satu Istana yang masih wujud.
Cat Batik- Free je. dekat Agra jugak. Banyak aktiviti di Agra
Lake Palace Mahal, Jaipur- Entah. Tengah jalan2 lepastu singah kat tasik dia. Taknak masuk sebab perjalanan jauh..
Jama' Masjid, Delhi- Free. Tempat boleh melawat dan tak ramai orang, macam dekat Agra.
Pengangkutan
Golden Traiangle nie jauh antra satu sama lain. Jadi adalah disarankan pakai travel agent, kalau timing travel dalam bawah semingu. Kalau tak, boleh pakai bas atau keretapi cuma jauh dan padat sikit lah. Trafik kat India sangat luar biasa dan bising.
Itu sahaja untuk post ini.
P/s: Muka aku masuk surat khabar tahun 2008 dalam salam perantauan KOT!. hehe.
Pengangkutan
Golden Traiangle nie jauh antra satu sama lain. Jadi adalah disarankan pakai travel agent, kalau timing travel dalam bawah semingu. Kalau tak, boleh pakai bas atau keretapi cuma jauh dan padat sikit lah. Trafik kat India sangat luar biasa dan bising.
Itu sahaja untuk post ini.
P/s: Muka aku masuk surat khabar tahun 2008 dalam salam perantauan KOT!. hehe.
0 comments:
Post a Comment