Iszaid Melancong Ke MANILA


PHILLIPPINES 2016- Percutian ke Filipina sebab aku cuma nak apply masuk ke Universiti UP Manila. So jalan-jalan sekali.



Secara amnya negara PHILLIPPINES sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara bekas jajahan Sepanyl ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini agak padat. 


Matawang
Mereka menggunakan Phillipino Peso (PHP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Boleh tawar menawar untuk beli barang.


Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Negara pulau ini hanya boleh dihubungi melalui jalan Udara. Di Manila, kami menggunakan Teksi, grab, dan di Intramuros naik tricycle. Jeepney pun senang nak guna. Sebut 'Para' untuk berhenti dan 'Bayad Po' untuk bayar. Purata cuma 5peso setiap perjalanan. duduk pun rapat-rapat.

Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. Hotel pun ada yang murah.

Makanan
Sini sangat susah nak cari makanan halal. Tapi Jolibee nie halal. Kalau susah sangat makan seafood je senang. Makanan special adalah Balout iaitu Telur itik 14-18 hari pengeraman, sangat terkenal.

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Intra Muros- FREE. Antara tempat menarik perlu dilawati.


Rizal Park- FREE. Antara tempat menarik perlu dilawati.


Iszaid Melancong Ke BRUNEI


BRUNEI 2015- Percutian ke Brunei sebab aku cuba travel naik kereta dari Ranau, Sabah, merentas Sarawak dan ke Brunei. Post kali ini tertumpu kepada perjalanan lebih dari destinasi yang dituju.

Secara amnya negara BRUNEI sangat menarik sebab mempunyai persamaan dari segi kebudayaan, makanan, sejarah . Negara bekas penjajahan British ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini adalah tidak ramai.




Matawang
Mereka menggunakan Bruneian Dollar (BND) sebagai mata wang. Matawang mereka telah ditambat dengan Singapore Dollar. Nak senang kira darap je X3 dengan duit kita. Tidak perlu tawar menawar.


Duit bawak pun tak banyak sebab travel itenary tak sampai 6 jam. Percutian luar negara paling pendek setakat ini.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Travel naik kereta je, dalam 6 jam perjalanan dari Sabah ke sini. Boleh naik kapal terbang kalau dari KL.

Penginapan
Tidak menginap sebab sekejap je. tapi ramai yang akan menginap di Sarawak atau Sabah memandangkan disana jauh lebih murah dan mudah menggunakan Ringgit.

Makanan
Sini banyak makanan halal. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi.Makanan adalah sama di KL. dan ada juga menghidangkan makanan seperti di Sarawak dan Sabah.

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Masjid Jame' Asrr Hassnil Bolkiah - FREE. Antara tarikan menarik.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin - FREE. Tempat wajib pergi sebab kubahnya disaluti oleh emas tulin. Simbol kekayaan negara ini sebagai pengeluar minyak dunia.

Selain itu boleh melawat Kampung Air. Gambar takde lah. Kos dalam $10-20. Boleh tawar menawar.

P/s: Banyak gambar dah hilang. Lagipun trip nie paling pendek tak sampai 6 jam. Makan pun dekat Sarawak. Tapi pengalaman yang menarik.





Iszaid Melancong Ke THAILAND


THAILAND 2015- Percutian di Thailand sebab aku cuba travel naik train dari KL ke Siam. Post kali ini tertumpu kepada perjalanan lebih dari destinasi yang dituju.

Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir sama seperti di KL.



Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak perlu tawar menawar.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Boleh beli tiket online KTM. Pakai Senandung LANGKAWI. Ambil train pukul 10pm. Yang ada coach katil sebab semalaman boleh tidur. Airkornd sangat sejuk.

Coach paling hujung ada jual makanan dan minuman so boleh lepak. Gambar diambil waktu subuh sarapan. Total perjalanan adalah 10 JAM. Sila mereput dalam train!. Dari KL akan berenti di Stesen Padang Besar Perlis, sebelum kepala keretapi ditukar dari Keretapi Tanah Melayu ke Keretapi Tanah Thai. Ambil masa dalam 1-2 jam tukar kepala keretapi. Kat sini jangan boleh beli keropok. Perjalanan ke Hatnyai pula tambah dalam 1 jam. Jadi, fikir betul2 kalau nak naik train. Harga pula dalam RM76 sehala. jadi darab lah dua.


Tapi pemandangan memang cantik dan menyeronokkan.

Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Sini banyak makanan halal. Melayu Siam boleh berbahasa melayu kelantan dan makanan adalah halal.

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Haadyai Station (Bus&Train)- RM76. Keluar-keluar memang dari sini. So boleh jalan-jalan sekitar.


Haadyai IceDome- ฿90. Antara tempat menarik.

Itu sahaja untuk post ini.

P/s: Banyak gambar dah hilang. Lagipun trip nie 2 hari satu malam je, tak banyak tempat dapat pergi.

Iszaid Melancong Ke CAMBODIA


CAMBODIA 2008- Percutian di Kemboja sebab meraikan 2 tahun belekerja di Semenanjung dan memulakan pekerjaan di Sabah pula. Ini merupakan Kali pertama melancong secara solo tanpa sebarang pengalaman backpack. Sangat Teruja

Secara amnya negara Kemboja sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Khmer Empire ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat tidak terlalu ramai. Orangnya ada yang baik. Mereka sangat gembira bila melayan orang ASEAN yang lain seperti saudara mereka. Post ini tertumpu ke Angkor Watt.


Matawang
Mereka menggunakan US Dollar ($, USD) sebab mata wang mereka terlampau meruap dengan pasaran matawang. Jadi bila pakai Dollar, bersedialah dengan inflasi barang yang lebih mahal. Cambodia Riel (KHR) juga digunakan, dan jauh lebih murah untuk harga barang yang sama.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Penginapan
First day aku dudk sini duduk Hotel. Giler mahal. Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Makanan halal susah juga nak jumpa. Tapi seafood adalah pilihan terbaik. Melayu Khmer adalah muslim jadi boleh makan kat gerai mereka. 

Tempat Menarik
Satu je tempat aku pergi iaitu Angkor Wat sebab pergi 3 hari 2 malam. jadi tak sempat. Angkor wat punya keluasan sangatlah besar. sampai nak tercabut kaki.


Angkor Watt- $37. Tempat Wajib pergi. Sebab aku pakai Baju Malaysia, ramai yang 'hallo' dan senyum kat aku. Waktu nie Malaysia menang bola ASEAN.


Angkor Watt- $37. First time solo travel tanpa pengalaman. First time warnakan rambut. Gambar ditangkap letak atas batu je. Hahaha

Pengangkutan
Aku pakai tuk-tuk sebab lebih murah. Bayaran dalam $4-8. Kalau masuk Angkor Wat tetiba harga dia jadi $20 jadi pandai-pandai tawar menawar atau jalan kaki je untuk kuruskan badan cam aku.

Itu sahaja untuk post ini.


Iszaid Melancong Ke AUSTRALIA


AUSTRALIA 2013- Percutian di AUSTRALIA atas meraikan graduasi pada tahun berkenaan. Post kali nie tertumpu kepada Gold Coast tempat pelancong banyak orang pergi di Australia.

Secara amnya negara Australia sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara kelahiran British ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini memang sedikit, dengan keluasan negara yang besar. Post kali ini lebih tertumpu kepada suka ria.


Matawang
Mereka menggunakan Australian Dollar ($, AUD,) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X3 dengan duit kita. Tidak boleh tawar menawar.

Visa
Kena buat visa di Kuala Lumpur. atau Online Visa pun boleh buat.

Penginapan
Hotel di sini adalah mahal. Tapi sebab pakai travel agent, jadi semua dah inclusive.

Makanan
Makanan halal susah nak cari tetapi ada makanan halal dijual seperti kebab dan pizza halal. Cubalah daging Kangaroo, sangat sedap dan halal.


Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:


W.B Movie World- $40. Tempat utama dalam itenari. Ada spongebob dan kartun yang best.


W.B Movie World- $40. Inclusive semua- Bergambar dengan Mr Patrik.


W.B Movie World- $40. Inclusive semua- Pertunjukan Dolfin


Currumbin Wildlife Sanctuary- $50. Jumpe Kangaroo, Koala, dan Taman-taman.


Skypoint Observation Deck- $20. Boleh Tengok pemandangan Pantai Gold Coast.

Pengangkutan
Gold Coast nie besar. Jadi adalah disarankan pakai travel agent, kalau timing travel dalam bawah semingu. Kalau tak, boleh pakai bas ikut harga hari.

Itu sahaja untuk post ini.

Iszaid Melancong Ke VIETNAM

VIETNAM 2011- Percutian di Vietnam bersama family. Sebenarnya aku tak berapa minat pergi sini sebab tujuan utama ke sini adalah shopping dan aku tak minat shopping.

Secara amnya negara Vietnam negara yang unik. Negara Komunis ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini tidak lah terlalu ramai, bahasa pertuturan inggeris adalah sukar. Kebanyakan orang fokus dekat kubu, tempat shoping, aku lak fokus dekat taman tema dia Suối Tiên Amusement Park.

Matawang
Mereka menggunakan Vietnamese Dong (VND) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X6000 dengan duit kita. Sangat mudah untuk tawar menawar.

Visa
Visa Free. Sebab negara ASEAN 

Penginapan
Hotel di sini adalah murah boleh dapat dalam lingungan RM100/semalam. Jadi tak perlu risau nak cari hostel. Lagipun lebih selesa dan selamat duduk di hotel.

Makanan
Makanan susah nak dicari. Street food kener hati-hati takut tak halal. Di-syorkan makan makanan dekat ngan masjid atau seafood je.

Tempat Menarik
Fokus pelancongan. Dibawah nie:

Suoi Tien Park- Gate depan


Suoi Tien Park- Gua ukiran muka


Suoi Tien Park- Banyak patung binatang.


Suoi Tien Park- Struktur ini paling besar disini dan terletak ditengah tasik.

Pengangkutan
Dekat dengan bandarnya. Boleh naik van, bas atau sewa teksi.

P/s: Waktu nie baru pertama kali memperkenar phone untuk tangkap gamba, jadi gambar pun tak banyak.

Utusan Malaysia 2010


Berita Harian 2010


Berita Semasa Web Site 2010