Iszaid Melancong Ke OSAKA


JEPUN 2017- Satu destinasi yang wajib dikunjungi adalah Jepun. Ini merupakan impian jadi kenyataan. Negara paling maju di Asia ini merupakan tempat yang menarik kepada penggemar Anime. Kalau nak habis duit cepat, silalah datang ke sini kerana matawangnya dan kos sara hidupnya yang tinggi. Kawasan tumpuan pelancongan kali ini merangkumi Osaka, Nara, Kobe, Kyoto, Himeji.


Matawang
Mereka menggunakan Japanese Yen ( ‎¥, JYP) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X30 dengan duit kita. Tidak digalakkan tawar menawar.


Visa
Tidak perlu Visa.

Pengangkutan
Dari KL ke Osaka melalui Kapal Terbang. Pengangkutan utama adalah keretaapi. Pengangkutan darat ini adalah amat cekap dan menepati masa. Boleh beli Kad Train ini yang sesuai digunakan


Penginapan
Kos penginapan adalah mahal. Dinasihatkan untuk tingal di Hostel atau guna AirBnB. Pastikan jangan buat bising selepas jam 10pm. Kebersihatan adalah mustahak. Sisa plastik di asingkan untuk tujuan kitar semula.


Makanan
Banyak makananya tidak halal. Berhati-hati kerana makanan boleh dicampur dengan sake. Makanan laut mudah dicari. Seven eleven pun banyak. Google tempat makan muslim setiap bandar memang akan ada cuma sedikit mahal.


Tempat Menarik
Diantara kawasan pelancongan yang wajib pergi adalah:


Tower of Sun, Osaka- ¥ 250. Tempat nie rare tak ramai pergi. Tapi bagi yang datang nak tengok bunga sini sesuai sebab boleh tengok tulip. Sini juga ada makanan Lobster, murah dan sedap.



Deer Park, Nara- FREE. Tempat wajib pergi sebab boleh tengok rusa bebas meliar di tengah bandar.


Fushimi Inari Taisha, Kyoto- FREE. Simbolik 1000 gate. Kuil ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Dalam poster visit Japan, tempat ini salah satu ikon.



Himeji Castle, Himeji- ¥ 1300. Antara Istana yang terawal dibina di Jepun. sangat  tersergam indah. Ada 7 tingkat, boleh merasai gaya hidup seperti Maharaja Jepun.


Kobe Port Tower, Kobe- ¥ 600. Menara paling unit di Kobe. Ini simbol daerah Kobe sebagai wilayah pelabuhan terkenal di Jepun.


Hard Rock Cafe Osaka, Osaka- FREE. Masuk nak beli baju free lah. Kalau makan minum ikut harga hidangan yang dipesan.


Arasyiama Bamboo Groove, - ¥ 550. Wajib pergi sebab meraisai zaman terdahulu di Jepun. Boleh sewa baju untuk merasai sendiri. Dalam poster visit Japan, tempat ini salah satu ikon.


Gundam Mall, Osaka - FREE. Wajib pergi kepada peminat Gundam. Tempat ini adalah pasaraya dan boleh bershoping bagi yang banyak duit.