Iszaid Melancong Ke BALI & NUSA PENIDA


INDONESIA 2017- Satu destinasi yang wajib dikunjungi adalah Bali dan Nusa Penida. Ini merupakan impian jadi kenyataan. Kalau nak habis duit cepat, silalah datang ke Bali sebab sini keterujaan adalah adalah tinggi dan banyak benda yang menarik. Selain aktiviti Snoorkeling banyak aktiviti seperti surfing untuk beginer.



Secara amnya  Bali sangat menarik sebab berbezaan dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Indonesia, Negara bekas jajahan Belanda ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini sederhana padat.




Matawang
Mereka menggunakan Indonesia Rupiah (IDR, Rs) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X3000 dengan duit kita. Perlu tawar menawar ketika membeli.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.


Pengangkutan
Dari KL ke Bali melalui Kapal Terbang. Disarankan untuk sewa motor agar mudah untuk kemana-mana.

Penginapan
Ada banyak Hotel. cuaca adalah sama dengan Jakarta. Hotel ini sebagai contoh berhadapan swiming pool caj Rs 150000/ semalam. Dinasihatkan bermalam di Kuta sebab dekat dengan banyak tempat.


Makanan
Sini banyak makanan halal. Bahasa Indonesia adalah bahasa rasmi dan mudah difahami. Agama disini adalah Hindu, jadi perlu berhati-hati ketika membeli makanan tanya dulu halal tidak. Mereka akan syorkan makanan Halal.


Tempat Menarik
Diantara kawasan pelancongan yang wajib pergi adalah:


Uluwatu- Rs 100000. Persembahan Kechak dance amat Terkenal di Bali.


Tanah Lot- Rs 60000. Ikonik ke Bali. Tempat yang menarik. terdapat banyak kuil disini.


Turtle Beach- Rs 20000. Boleh pegang dan mengenali lebih dekat mengenai penyu di Bali.


Snoorkling- Rs 100000. Samaada di Bali Atau Nusa Penida. Coral sangat cantik. Boleh jumpa manta Ray.


Broken Beach, Nusa Penida- FREE. Ikonik untuk pelancongan di Indonesia. Sementara bentuknya masih utuh, baik perti bergamba, nanti dah roboh taksempat dah.



Kelingking Beach, Nusa Penida- FREE. Bentuk macam penyu pantai ini sangat indah.


Atuh Beach, Nusa Penida- FREE. Pasirnya berwarna pink.


Angel Billabong, Nusa Penida- FREE. Kolam semula jadi tepinya dapat ombak laut pasang. Sesuatu yang menakjubkan.