Iszaid Melancong Ke BRUNEI


BRUNEI 2015- Percutian ke Brunei sebab aku cuba travel naik kereta dari Ranau, Sabah, merentas Sarawak dan ke Brunei. Post kali ini tertumpu kepada perjalanan lebih dari destinasi yang dituju.

Secara amnya negara BRUNEI sangat menarik sebab mempunyai persamaan dari segi kebudayaan, makanan, sejarah . Negara bekas penjajahan British ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini adalah tidak ramai.




Matawang
Mereka menggunakan Bruneian Dollar (BND) sebagai mata wang. Matawang mereka telah ditambat dengan Singapore Dollar. Nak senang kira darap je X3 dengan duit kita. Tidak perlu tawar menawar.


Duit bawak pun tak banyak sebab travel itenary tak sampai 6 jam. Percutian luar negara paling pendek setakat ini.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Travel naik kereta je, dalam 6 jam perjalanan dari Sabah ke sini. Boleh naik kapal terbang kalau dari KL.

Penginapan
Tidak menginap sebab sekejap je. tapi ramai yang akan menginap di Sarawak atau Sabah memandangkan disana jauh lebih murah dan mudah menggunakan Ringgit.

Makanan
Sini banyak makanan halal. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi.Makanan adalah sama di KL. dan ada juga menghidangkan makanan seperti di Sarawak dan Sabah.

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Masjid Jame' Asrr Hassnil Bolkiah - FREE. Antara tarikan menarik.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin - FREE. Tempat wajib pergi sebab kubahnya disaluti oleh emas tulin. Simbol kekayaan negara ini sebagai pengeluar minyak dunia.

Selain itu boleh melawat Kampung Air. Gambar takde lah. Kos dalam $10-20. Boleh tawar menawar.

P/s: Banyak gambar dah hilang. Lagipun trip nie paling pendek tak sampai 6 jam. Makan pun dekat Sarawak. Tapi pengalaman yang menarik.





Iszaid Melancong Ke THAILAND


THAILAND 2015- Percutian di Thailand sebab aku cuba travel naik train dari KL ke Siam. Post kali ini tertumpu kepada perjalanan lebih dari destinasi yang dituju.

Secara amnya negara THAILAND sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Gajah Putih ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat sini hampir sama seperti di KL.



Matawang
Mereka menggunakan Thai Bath (THB) sebagai mata wang. Nak senang kira darap je X10 dengan duit kita. Tidak perlu tawar menawar.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Pengangkutan
Boleh beli tiket online KTM. Pakai Senandung LANGKAWI. Ambil train pukul 10pm. Yang ada coach katil sebab semalaman boleh tidur. Airkornd sangat sejuk.

Coach paling hujung ada jual makanan dan minuman so boleh lepak. Gambar diambil waktu subuh sarapan. Total perjalanan adalah 10 JAM. Sila mereput dalam train!. Dari KL akan berenti di Stesen Padang Besar Perlis, sebelum kepala keretapi ditukar dari Keretapi Tanah Melayu ke Keretapi Tanah Thai. Ambil masa dalam 1-2 jam tukar kepala keretapi. Kat sini jangan boleh beli keropok. Perjalanan ke Hatnyai pula tambah dalam 1 jam. Jadi, fikir betul2 kalau nak naik train. Harga pula dalam RM76 sehala. jadi darab lah dua.


Tapi pemandangan memang cantik dan menyeronokkan.

Penginapan
Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Sini banyak makanan halal. Melayu Siam boleh berbahasa melayu kelantan dan makanan adalah halal.

Tempat Menarik
Banyak pekej disediakan. Dibawah nie:

Haadyai Station (Bus&Train)- RM76. Keluar-keluar memang dari sini. So boleh jalan-jalan sekitar.


Haadyai IceDome- ฿90. Antara tempat menarik.

Itu sahaja untuk post ini.

P/s: Banyak gambar dah hilang. Lagipun trip nie 2 hari satu malam je, tak banyak tempat dapat pergi.

Iszaid Melancong Ke CAMBODIA


CAMBODIA 2008- Percutian di Kemboja sebab meraikan 2 tahun belekerja di Semenanjung dan memulakan pekerjaan di Sabah pula. Ini merupakan Kali pertama melancong secara solo tanpa sebarang pengalaman backpack. Sangat Teruja

Secara amnya negara Kemboja sangat menarik sebab ia lain dari dari segi kebudayaan, makanan, sejarah dan ekonomi. Negara Khmer Empire ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Populasi kat tidak terlalu ramai. Orangnya ada yang baik. Mereka sangat gembira bila melayan orang ASEAN yang lain seperti saudara mereka. Post ini tertumpu ke Angkor Watt.


Matawang
Mereka menggunakan US Dollar ($, USD) sebab mata wang mereka terlampau meruap dengan pasaran matawang. Jadi bila pakai Dollar, bersedialah dengan inflasi barang yang lebih mahal. Cambodia Riel (KHR) juga digunakan, dan jauh lebih murah untuk harga barang yang sama.

Visa
Tidak perlu Visa sebab Negara ASEAN.

Penginapan
First day aku dudk sini duduk Hotel. Giler mahal. Ada banyak Hostel sebenarnya sini dan kebanyakkannya murah-murah. pilih je mana-mana. mudah dan senang. 

Makanan
Makanan halal susah juga nak jumpa. Tapi seafood adalah pilihan terbaik. Melayu Khmer adalah muslim jadi boleh makan kat gerai mereka. 

Tempat Menarik
Satu je tempat aku pergi iaitu Angkor Wat sebab pergi 3 hari 2 malam. jadi tak sempat. Angkor wat punya keluasan sangatlah besar. sampai nak tercabut kaki.


Angkor Watt- $37. Tempat Wajib pergi. Sebab aku pakai Baju Malaysia, ramai yang 'hallo' dan senyum kat aku. Waktu nie Malaysia menang bola ASEAN.


Angkor Watt- $37. First time solo travel tanpa pengalaman. First time warnakan rambut. Gambar ditangkap letak atas batu je. Hahaha

Pengangkutan
Aku pakai tuk-tuk sebab lebih murah. Bayaran dalam $4-8. Kalau masuk Angkor Wat tetiba harga dia jadi $20 jadi pandai-pandai tawar menawar atau jalan kaki je untuk kuruskan badan cam aku.

Itu sahaja untuk post ini.